Selasa, 07 Oktober 2008

AKTIVITI MEMBUAT PELITA RAYA

SEMPENA HARI RAYA ALDIL FITRI 2008
PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG TELAH MENGANJURKAN AKTIVITI MEMBUAT PELITA RAYA DENGAN MENGGUNAKAN BULUH

TARIKH :26 SEPTEMBER 2008/26 RAMADHAN 1429(JUMAAT)

AKTIVITI :MEMBUAT PELITA RAYA DENGAN MENGGUNAKAN BULUH

MASA :3.00 PETANG _____ 5.00 PETANG

TEMPAT :PERKARANGAN PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG

PENYERTAAN :12 ORANG KANAK-KANAK DAN PARA BELIA

LAPORAN :
Aktiviti ini di adakan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008.Terdapat lima orang pelajar sekolah rendah dan 7 orang para belia yang turut terlibat di dalam aktiviti tersebut.
Pada peringkat awal,pokok buluh ditebang bersama-sama.Pokok buluh itu yang terdapat dibelakang Perpustakaan Desa Tambun Tulang.Kemudian pokok buluh tersebut di pilih dan di tebang sebanyak tiga batang.
Selepas itu buluh-buluh itu dipotong mengikut saiz yang sesuai,lebih kurang dua atau 3 kaki panjangnya.Selepas itu buluh tersebut dibuat lubang mengikut jarak supaya nampak tersusun dan menarik.Selalunya lubang tersebut akan di gali sebanyak lima lubang mengikut kepanjangan buluh.
Kemudian lubang-lubang tadi diletakan keratan buluh yang kecil serta mempunyai lubang sepanjang 3 cm,keratan buluh kecil ini untuk membuat tempat memasuki sumbu pelita yang di perbuat daripada benang atau kain.
Pemprosesan membuat pelita raya ini telah siap sepenuhnya selama satu setengah jam.Dengan itu siaplah sepenuhnya pelita raya untuk mengceriakan dan menerangi cahaya halaman rumah masing-masing.

Menjelang Hari Raya.. Pelita Buluh








Rabu, 01 Oktober 2008

Pemandangan Langkawi

Pemandangan dari pandai Pasir Hitam , Langkawi