Senin, 09 Februari 2009

Penduduk manfaat perpustakaan desa (keratan akhbar : hmetro-05-02-09)



Ia bagaikan harapan baru untuk penduduk setempat terutama generasi muda mendapat ilmu pengetahuan serta mendalami bidang teknologi maklumat (IT) menerusi penubuhan Perpustakaan Desa Tambun Tulang, Perlis. Perpustakaan desa kelima di Perlis itu memberi manfaat kepada penduduk yang kebanyakan petani.

Perpustakaan terbabit ditubuhkan pada 17 Mac 1997 untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar terutama di kawasan berkenaan.Pada 2004, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta dua syarikat gergasi, Maxis dan Hicom, mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memberi kemudahan bagi projek pembangunan perpustakaan berkenaan.


Antara perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung termasuk kemudahan mengakses Internet secara percuma, pinjaman buku, perkhidmatan akhbar dan majalah, aktiviti kanak-kanak dan remaja serta Kelab Rakan Perpustakaan.Penyelaras Perpustakaan Desa Tambun Tulang, Norzaidi Ismail, berkata perpustakaan yang berusia 12 tahun itu banyak berjasa kepada penduduk.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan bilangan pengunjung bertambah dari setahun ke setahun.“Golongan muda terutama pelajar tidak harus membazirkan masa sebaliknya mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat dengan kerap mengunjungi perpustakaan ini,” katanya.Perpustakaan itu dibekalkan dengan dua komputer, alat pengimbas dan mesin cetak.

Kemudahan itu bukan saja dimanfaatkan golongan belia dan remaja malah penduduk luar bandar lain sekali gus memupuk kemahiran dalam bidang IT. Perpustakaan berkenaan kerap menganjurkan aktiviti menarik di kalangan pelajar sekolah antaranya gotong-royong dan sukaneka.Di kalangan ibu bapa, pihak perpustakaan mengadakan bengkel dan ceramah terutama pada Jun, Julai dan Ogos sempena Pesta Buku, Sambutan Bulan Membaca serta Perayaan Bulan Kemerdekaan.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Arau, Mohd Khairul Md Din, berkata dia kerap mengunjungi perpustakaan itu untuk mengulangkaji pelajaran kerana suasana tenang selain mudah mencari pelbagai bahan rujukan. Bagi pelajar Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Mohd Hafizul kamarudzaman, dia ke perpustakaan ini bersama adik dan rakan untuk meminjam buku. “Perpustakaan ini membolehkan kami mengisi masa lapang dengan aktiviti lebih berfaedah,” katanya.

sumber : Hmetro 

Senin, 02 Februari 2009

AKTIVITI BULANAN PERTANDINGAN SAHIBBA

AKTIVITI BULANAN
PERTANDINGAN SAHIBBA

peserta sedang bertarung


Johan Pertandingan
Tempat kedua

Peserta yang brtanding

TARIKH : 24 JANUARI 2009
JAM : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG
PESERTA : 16 ORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH (TAHUN 4,5 DAN 6)

Aktiviti ini merupakan permainan yang sangat menarik.Aktiviti ini juga menggunakan fikiran atau minda sewaktu melakukan gerak kerja.Pertandingan ini terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tahun 6.Pertandingan ini diadakan secara kalah mati.Peserta yang memenangi pusingan pertama akan memasuki pusingan yang berikutnya.Peserta yang kalah akan disingkirkan daripada pertandingan ini.

Seramai 16 orang peserta yang menyertai di dalam pertandingan ini.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

JOHAN : ADIK NUR ANIS BINTI OMAR
NAIB JOHAN : AHMAD NURHADI AZIZ BIN ROSLAN
TEMPAT KETIGA : NUR AINAA AFIFAH BINTI ROSLAN
SAGU HATI : 16 Orang pelajar yang menyertai pertandingan ini