Selasa, 18 Agustus 2009

CABUTAN BERTUAH KEAHLIAN DALAM BULAN JULAI 2009

PEMENANG BULAN JULAI 2009
(NO AHLI 00556)
ENCIK NORZAIDI MEMBERI HADIAH
KEPADA ADIK AIZAD SYAHRUL FITRI B. ABD SAMAD

ENCIK DAHLAN ISMAIL MEMBERI HADIAH
KEPADA ENCIK NORZAIDI ISMAIL(WAKIL PEMENANG PD TAMBUN TULANG)



AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG PADANG SIDING

AJK I PLAY TOY LIBRARYS















AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG PADANG SIDING

TARIKH : 25-6-2009
MASA : 9.30 PAGI-12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : PERPUSTAKAAN DESA PADANG SIDING
SASARAN : KANAK – KANAK (SERAMAI 30 ORANG KANAK – KANAK
TERLIBAT 20 ORANG DARI TABIKA KAMPUNG PADANG
SIDING DAN 10 ORANG KANAK – KANAK YANG BERUSIA
7-8 TAHUN.
SUKARELAWAN :AJK I PLAY TOY LIBRARY ARAU DAN SIMPANG EMPAT
(10 ORANG AJK YANG TERLIBAT)

Aktiviti ini adalah atas jemputan JKKK kampung padang siding semperna Majlis penerimaan anak angkat bersama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Aktiviti ini juga bertujuan untuk mempromosikan kembali Perpustakaan Desa Kampung Padang Siding kepada orang ramai. Aktiviti seperti ini juga dapat memberikan manafaat kepada peserta dan pengunjung yang menyaksikannya.Aktiviti ini dikendalikan oleh petugas I play yang begitu mahir.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa dan kanak – kanak ,seramai 30 orang kanak – kanak dari tabika padang siding yang turut terlibat.Hadiah saguhati juga diberikan kepada kanak – kanak yang menyertai aktiviti I play, hadiah disampaikan oleh bendahari JKKK padang siding.

Senin, 17 Agustus 2009

SKUADPROMOSI

TUNGGU GILIRAN UNTUK MENAIKI BAS E-PUSTAKA
DI DALAM BAS E-PUSTAKA


LONTAR BUAH DADU


MEMBACA BUDAYA KITA



BERSABAR




SKUADPROMOSI

Tarikh : 16 Jul 2009
Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Yayasan Islam Bohor Empiang
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 petang

Minggu, 16 Agustus 2009

SKUADPROMOSI

PENJUALAN BUKU TERKINI
BENGKEL ICT

PAMERAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN



PENDAFTARAN AHLI TERKINI



DAM ILMU GERGASI




PAMERAN BAS E-PUSTAKA




SKUAD PROMOSI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Tarikh : 15 Jul 2009
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang Arau Perlis
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 petang

Aktiviti :

Aktiviti adalah untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar bertapa pentingnya Perkhidmatan Perpustakaan kepada sekolah di luar Bandar .Aktiviti ini juga memberi pendedahan kepada pelajar sekolah bertapa pentingnya masa dan ilmu pengetahuan pada ketika ini.Aktiviti ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara Petugas Perpustakaan dengan pihak sekolah.
Banyak program yang telah di aturkan iaitu pameran epustaka,pameran rangkaian perpustakaan,bengkel ict,permaianan dam ilmu gergasi dan lain-lain .Program tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakan dari pihak sekolah.

Senin, 08 Juni 2009

BENGKEL KOMPUTER PERPUSTAKAAN DESA DAN PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI 2009.

Pendaftaran para peserta

Proses penyelenggaraan dan persiapan bengkel


Program sedang di jalankan







Penerimaan sijil



BENGKEL KOMPUTER PERPUSTAKAAN DESA DAN PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI

Tarikh : 09 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Desa Tambun Tulang

Para peserta yang terlibat adalah dari golongan Dewasa dan Belia. Program ini mendapat sambutan sehingga melebihi target. Di samping itu juga, golongan kanak-kanak turut hadir bagi menjayakan program ini lagi.
Setiap peserta diberi borang penyertaan. Bengkel dimulakan dengan mempelajari tentang Microsoft Word diikuti Pengenalan Internet dan Penyediaan Email. Seisi pembelajaran ini di beri tunjuk ajar oleh Pn. Narwani Bt Ahmad selaku Penyelia PPIK Tambun Tulang dan En. Mohd Saiful Akhbar B. Darus merupakan Penyelia PPIK Chantek Bangun.
Selepas itu, sijil penyertaan dari pihak Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi (KTAK) diberikan pada para peserta. Program tamat pada pukul 2.00 petang.

PERPUSTAKAAN DESA YANG TERLIBAT:-
· PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG
· PERPUSTAKAAN DESA CHANTEK BANGUN
PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI YANG TERLIBAT:-
· PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI (PPIK) TAMBUN TULANG
· PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI (PPIK) CHANTEK BANGUN

Kamis, 04 Juni 2009

AKTIVITI I-PLAY TOY LIBRARY 2009
















AKTIVITI I-PLAY TOY LIBRARY 2009

Tarikh : 15 April 2009
Hari : Rabu
Tempat : Perpustakaan Desa Tambun Tulang
Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengah hari
Penyertaan : 30 Orang murid-murid Tadika Islam Al-Istiqamah Tambun Tulang
Turut Hadir : 30 Orang ibubapa, 3 orang guru Tadika dan pengawai dan petugas
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis serta pengguna yang
Berkunjung


Aktiviti ini merupakan Permaianan Yang sangat menarik dikalangan semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak ,para belia dan dewasa.Aktiviti ini dijayakan oleh tenaga pelajar dari petugas-petugas Perpustakaan sendiri.Tenaga pelajar ini telah mengikuti kursus dalam permaianan “I-Play Toy Library”.Lebih kurang seramai 15 orang petugas Perpustakaan yang menjayakan aktiviti ini.
Aktiviti kali ini dinamakan I Iqra’ dan I Cook.I Iqra’ adalah sempena hari buku dan hari membaca sedunia 2009.I Cook pula aktiviti yang digunakan bahan makanan seperti buah-buahan dan sebagainya.pada kali ini aktiviti I Cook menggunakan sejenis kek yang beharga 50 sen sebiji.kemudian kek tersebut di potong bahagian atasnya kemudian dilekatkan .akhir sekali menjadi seekor rama-rama yang sangat menarik.
Di samping itu juga promosi Sinar Pintar yang disampaikan oleh Puan Zarina binti .Puan Zarina Berucap bertapanya penting aktivi yang di adakan oleh Sinar Pintar pada sepanjang 2009 ini.
Dengan adanya aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara ibubapa,guru dan petugas Perpustakaan.Aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi merid-murid Tadika dan ibubapa menarikminat mereka berkunjung ke Perpustakaan.

Senin, 09 Februari 2009

Penduduk manfaat perpustakaan desa (keratan akhbar : hmetro-05-02-09)



Ia bagaikan harapan baru untuk penduduk setempat terutama generasi muda mendapat ilmu pengetahuan serta mendalami bidang teknologi maklumat (IT) menerusi penubuhan Perpustakaan Desa Tambun Tulang, Perlis. Perpustakaan desa kelima di Perlis itu memberi manfaat kepada penduduk yang kebanyakan petani.

Perpustakaan terbabit ditubuhkan pada 17 Mac 1997 untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar terutama di kawasan berkenaan.Pada 2004, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta dua syarikat gergasi, Maxis dan Hicom, mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memberi kemudahan bagi projek pembangunan perpustakaan berkenaan.


Antara perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung termasuk kemudahan mengakses Internet secara percuma, pinjaman buku, perkhidmatan akhbar dan majalah, aktiviti kanak-kanak dan remaja serta Kelab Rakan Perpustakaan.Penyelaras Perpustakaan Desa Tambun Tulang, Norzaidi Ismail, berkata perpustakaan yang berusia 12 tahun itu banyak berjasa kepada penduduk.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan bilangan pengunjung bertambah dari setahun ke setahun.“Golongan muda terutama pelajar tidak harus membazirkan masa sebaliknya mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat dengan kerap mengunjungi perpustakaan ini,” katanya.Perpustakaan itu dibekalkan dengan dua komputer, alat pengimbas dan mesin cetak.

Kemudahan itu bukan saja dimanfaatkan golongan belia dan remaja malah penduduk luar bandar lain sekali gus memupuk kemahiran dalam bidang IT. Perpustakaan berkenaan kerap menganjurkan aktiviti menarik di kalangan pelajar sekolah antaranya gotong-royong dan sukaneka.Di kalangan ibu bapa, pihak perpustakaan mengadakan bengkel dan ceramah terutama pada Jun, Julai dan Ogos sempena Pesta Buku, Sambutan Bulan Membaca serta Perayaan Bulan Kemerdekaan.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Arau, Mohd Khairul Md Din, berkata dia kerap mengunjungi perpustakaan itu untuk mengulangkaji pelajaran kerana suasana tenang selain mudah mencari pelbagai bahan rujukan. Bagi pelajar Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Mohd Hafizul kamarudzaman, dia ke perpustakaan ini bersama adik dan rakan untuk meminjam buku. “Perpustakaan ini membolehkan kami mengisi masa lapang dengan aktiviti lebih berfaedah,” katanya.

sumber : Hmetro 

Senin, 02 Februari 2009

AKTIVITI BULANAN PERTANDINGAN SAHIBBA

AKTIVITI BULANAN
PERTANDINGAN SAHIBBA

peserta sedang bertarung


Johan Pertandingan
Tempat kedua

Peserta yang brtanding

TARIKH : 24 JANUARI 2009
JAM : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG
PESERTA : 16 ORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH (TAHUN 4,5 DAN 6)

Aktiviti ini merupakan permainan yang sangat menarik.Aktiviti ini juga menggunakan fikiran atau minda sewaktu melakukan gerak kerja.Pertandingan ini terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tahun 6.Pertandingan ini diadakan secara kalah mati.Peserta yang memenangi pusingan pertama akan memasuki pusingan yang berikutnya.Peserta yang kalah akan disingkirkan daripada pertandingan ini.

Seramai 16 orang peserta yang menyertai di dalam pertandingan ini.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

JOHAN : ADIK NUR ANIS BINTI OMAR
NAIB JOHAN : AHMAD NURHADI AZIZ BIN ROSLAN
TEMPAT KETIGA : NUR AINAA AFIFAH BINTI ROSLAN
SAGU HATI : 16 Orang pelajar yang menyertai pertandingan ini