Senin, 08 Juni 2009

BENGKEL KOMPUTER PERPUSTAKAAN DESA DAN PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI

Tarikh : 09 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Desa Tambun Tulang

Para peserta yang terlibat adalah dari golongan Dewasa dan Belia. Program ini mendapat sambutan sehingga melebihi target. Di samping itu juga, golongan kanak-kanak turut hadir bagi menjayakan program ini lagi.
Setiap peserta diberi borang penyertaan. Bengkel dimulakan dengan mempelajari tentang Microsoft Word diikuti Pengenalan Internet dan Penyediaan Email. Seisi pembelajaran ini di beri tunjuk ajar oleh Pn. Narwani Bt Ahmad selaku Penyelia PPIK Tambun Tulang dan En. Mohd Saiful Akhbar B. Darus merupakan Penyelia PPIK Chantek Bangun.
Selepas itu, sijil penyertaan dari pihak Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi (KTAK) diberikan pada para peserta. Program tamat pada pukul 2.00 petang.

PERPUSTAKAAN DESA YANG TERLIBAT:-
· PERPUSTAKAAN DESA TAMBUN TULANG
· PERPUSTAKAAN DESA CHANTEK BANGUN
PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI YANG TERLIBAT:-
· PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI (PPIK) TAMBUN TULANG
· PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI (PPIK) CHANTEK BANGUN

Tidak ada komentar: