Rabu, 01 Oktober 2008

Pemandangan Langkawi

Pemandangan dari pandai Pasir Hitam , Langkawi

Sabtu, 26 April 2008

Program Let's Read Together Di Perlis






26 April, 2008 14:54 PM

Program Let's Read Together Di Perlis Kumpul Pembabitan Lebih 500 Peserta

KANGAR, 26 April (Bernama) -- Program "Let's Read Together" di perkarangan Perpustakaan Awam Perlis cawangan Simpang Empat di sini, Sabtu menghimpunkan lebih 500 penduduk tempatan termasuk kanak-kanak, untuk meluangkan masa membaca buku-buku berbahasa Inggeris dan Melayu secara berkumpulan dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan orang ramai. Menerusi program itu, setiap peserta diberikan masa selama beberapa minit untuk membaca buku yang dipinjamkan, dan kemudiannya tiga orang akan dipilih dari kalangan mereka berkongsi cerita mengenai buku yang mereka baca, di hadapan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad yang merasmikan program itu berkata orang ramai, khususnya para pelajar perlu disemai dengan keseronokan membaca. Beliau berkata ini kerana pembacaan akan mempengaruhi minda mereka ke arah meningkatkan kualiti hidup. Program itu dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Selain Perlis, tiga negeri lain turut mengadakan program yang serupa hari ini iaitu Sabah, Terengganu dan Melaka. -- BERNAMA

Minggu, 20 Januari 2008

PENDUDUK GEMPAR TANAH JERLUS DI SAWAH





PENDUDUK GEMPAR TANAH JERLUS DI SAWAH

28 Jan 2008 (20 Muharram 1429)lebih kurang 800 meter dari Perpustakaan Desa Tambun Tulang, telah berlaku tanah jerlus berbentuk lubang atau sebuah perigi sedalam 2meter dan ukuran lebarnya 3meter. Tanah jerlus ini terjadi di sebuah tanah sawah .Nama pemilik sawah tersebut ialah Johari bin Musa yang berumur 59 tahun. Beliau memberi tahu selama 20 tahun dia mengerjakan sawahnya, inilah kali pertama terjadinya tanah jelus. Kejadian ini disedari oleh rakannya pada jam 2 pg.Sejerus itu orang ramai datang bertumpu di tanah jerlus tersebut,ada yang kesempatan mengambil air dari lubang tersebut untuk di jadikan ubat dan penawar. Mereka berpendapat inilah kali pertama berlakunya perkara tersebut di dalam kampung tersebut dan ia adalah kuasa dari allah,kemungkinan air tersebut boleh di buat penawar dan perubatan tradisional.